SAMBUNG BACAAN...
MASIH CARI MANGSA: Pasukan
penyelamat membawa mayat mangsa taufan Haiyan setelah ia ditemui di
bawah runtuhan semalam di Tacloban, wilayah Leyte, tengah Filipina.
TACLOBAN:
Jumlah mereka yang terbunuh atau hilang akibat salah satu taufan paling
kuat di dunia yang melanda Filipina 8 November lalu semakin dekat
kepada angka 7,000 semalam.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula memberi amaran bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan bagi membantu penduduk yang terselamat.
Pemerintah Filipina mengesahkan bahawa jumlah kematian meningkat kepada 5,235 mangsa dengan lagi 1,613 orang hilang lebih dua minggu setelah taufan Haiyan memusnahkan banyak kawasan di tengah Filipina.
Bencana akibat taufan Haiyan itu kini menyaingi bencana Tsunami pada tahun 1976 yang melanda pulau selatan Filipina, Mindanao, yang membunuh antara 5,000 dengan 8,000 mangsa, sebagai bencana alam paling teruk pernah dicatat di Filipina.
Taufan itu telah menyebabkan usaha bantuan kemanusiaan antarabangsa dilakukan secara besar-besaran dengan berpuluh negara dan pertubuhan bantuan bergegas mengirimkan makanan, air dan perkhidmatan kesihatan kepada lebih empat juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
Bagaimanapun, setelah mengunjungi zon bencana, ketua bantuan kemanusiaan PBB, Cik Valerie Amos, memberi amaran dunia masih belum cukup pantas mengirim bantuan.
"Labih banyak yang perlu dilakukan. Makanan, air bersih dan tempat perlindungan merupakan keutamaan penting," kata Cik Amos sedang rayuan dana PBB ditambah daripada AS$301 juta ($376 juta) kepada AS$348 juta.
Menurut Cik Amos, masih ramai yang terdedah kepada keadaan cuaca buruk di sembilan wilayah yang dilanda taufan.
Tambahnya, keadaan ini lebih berbahaya kepada bayi, kanak-kanak dan kaum ibu.
"Saya sangat prihatin bahawa sekitar 1.5 juta kanak-kanak menghadapi risiko pemakanan tidak seimbang dan hampir 800,000 ibu mengandung dan sedang menyusu memerlukan bantuan pemakanan," katanya semasa sidang media di ibu pejabat PBB.
Angka kematian akibat taufan Haiyan dijangka terus meningkat pada hari dan minggu mendatang.
Sementara itu, dalam usaha memberikan semangat kepada beribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal, pengendali kabel Filipina semalam memasang layar televisyen di sebuah stadium tertutup, dekat sebuah gereja dan beberapa mercu tanda lain di zon bencana yang akan menyiarkan pertandingan tinju bintang tinju terkemuka yang berasal dari Filipina, Encik Manny Pacquiao, secara langsung.
Menurut pihak berkuasa memberikan sokongan kepada Encik Pacquiao dalam pertandingan itu akan membantu memberi inspirasi kepada penduduk Tacloban dan kawasan lain yang terjejas dek Haiyan sedang mereka cuba meneruskan kehidupan.

No comments:
Post a Comment