Jana Pendapatan

Friday 29 November 2013

Gara-gara cuba curi senjata

SAMBUNG BACAAN...

 

SAMBUNG BACAAN...



Lebih 40 penduduk maut dalam letupan di depot tentera Libya
TRIPOLI/BENGHAZI: Lebih 40 orang terbunuh kelmarin dalam letupan yang berlaku di depot tentera di selatan Libya setelah penduduk tempatan cuba mencuri senjata.
Kejadian tersebut menarik perhatian kepada pergolakan di Libya sedang pemerintah negara itu cuba memulihkan keamanan.
Letupan di Brak al-Chati, dekat bandar selatan utama, Sabha, berlaku setelah 43 penduduk tempatan dan warga Afrika pergi ke depot tentera itu untuk mencuri senjata, kata seorang pegawai keselamatan.
"Lebih 40 orang terbunuh," kata komander briged pengawal keselamatan sempadan di Brak al-Chati, Encik Khalifa Alsghair.
Masih tidak dapat dipastikan apakah punca letupan, yang kemudian menyebabkan kebakaran itu.
Selain mangsa kejadian letupan, empat askar pula mati dalam pertempuran antara pasukan khas tentera dengan militan Islam daripada kumpulan Ansar al-Sharia di Benghazi.
Senjata begitu mudah didapatkan di negara yang menghasilkan minyak itu sejak penggulingan mantan pemimpin Muammar Gaddafi pada 2011.
Tentera Libya yang baru ditubuhkan semula sedang berusaha mengawal keselamatan pangkalan tentera dan menyekat pengaruh militan Islam, kumpulan bersenjata dan geng-geng, yang sebelum ini turut berjuang dalam pemberontakan menggulingkan Allahyarham Gaddafi.
Tetapi kemudian mereka enggan meletak senjata dan mula menguasai beberapa bahagian di negara itu.
SAMBUNG BACAAN...

Monday 25 November 2013

Korban Haiyan hampir 7,000


SAMBUNG BACAAN...



MASIH CARI MANGSA: Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa taufan Haiyan setelah ia ditemui di bawah runtuhan semalam di Tacloban, wilayah Leyte, tengah Filipina. 

TACLOBAN: Jumlah mereka yang terbunuh atau hilang akibat salah satu taufan paling kuat di dunia yang melanda Filipina 8 November lalu semakin dekat kepada angka 7,000 semalam.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula memberi amaran bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan bagi membantu penduduk yang terselamat.
Pemerintah Filipina mengesahkan bahawa jumlah kematian meningkat kepada 5,235 mangsa dengan lagi 1,613 orang hilang lebih dua minggu setelah taufan Haiyan memusnahkan banyak kawasan di tengah Filipina.
Bencana akibat taufan Haiyan itu kini menyaingi bencana Tsunami pada tahun 1976 yang melanda pulau selatan Filipina, Mindanao, yang membunuh antara 5,000 dengan 8,000 mangsa, sebagai bencana alam paling teruk pernah dicatat di Filipina.
Taufan itu telah menyebabkan usaha bantuan kemanusiaan antarabangsa dilakukan secara besar-besaran dengan berpuluh negara dan pertubuhan bantuan bergegas mengirimkan makanan, air dan perkhidmatan kesihatan kepada lebih empat juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
Bagaimanapun, setelah mengunjungi zon bencana, ketua bantuan kemanusiaan PBB, Cik Valerie Amos, memberi amaran dunia masih belum cukup pantas mengirim bantuan.
"Labih banyak yang perlu dilakukan. Makanan, air bersih dan tempat perlindungan merupakan keutamaan penting," kata Cik Amos sedang rayuan dana PBB ditambah daripada AS$301 juta ($376 juta) kepada AS$348 juta.
Menurut Cik Amos, masih ramai yang terdedah kepada keadaan cuaca buruk di sembilan wilayah yang dilanda taufan.
Tambahnya, keadaan ini lebih berbahaya kepada bayi, kanak-kanak dan kaum ibu.
"Saya sangat prihatin bahawa sekitar 1.5 juta kanak-kanak menghadapi risiko pemakanan tidak seimbang dan hampir 800,000 ibu mengandung dan sedang menyusu memerlukan bantuan pemakanan," katanya semasa sidang media di ibu pejabat PBB.
Angka kematian akibat taufan Haiyan dijangka terus meningkat pada hari dan minggu mendatang.
Sementara itu, dalam usaha memberikan semangat kepada beribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal, pengendali kabel Filipina semalam memasang layar televisyen di sebuah stadium tertutup, dekat sebuah gereja dan beberapa mercu tanda lain di zon bencana yang akan menyiarkan pertandingan tinju bintang tinju terkemuka yang berasal dari Filipina, Encik Manny Pacquiao, secara langsung.
Menurut pihak berkuasa memberikan sokongan kepada Encik Pacquiao dalam pertandingan itu akan membantu memberi inspirasi kepada penduduk Tacloban dan kawasan lain yang terjejas dek Haiyan sedang mereka cuba meneruskan kehidupan.
SAMBUNG BACAAN... 

Friday 15 November 2013

15 sen per click


Salam dan salam sejahtera..
Saya memang suka menulis blog dan secara tak langsung dapat menjana pendapatan anda.. Berapa Network saya cuba antanay Nuffnang; dan yang terbaru SATU CLICK RM0.15.. Mudah dan lumayan kan?
APA LAGI YANG DI TUNGGU... TERUS SAYA CLICK IKLAN DI BAWAH




Busuk.com

Ciptaanku