Jana Pendapatan

Tuesday 30 July 2013

Cisse kini setuju pakai jersi Newcastle berlogo penaja


PAPISS CISSE: Pernah gambarnya diambil di sebuah kasino.
LIGA PERDANA ENGLAND


NEWCASTLE: Pemain Newcastle United, Papiss Cisse, yang sebelum ini menarik diri daripada menyertai jelajah pramusim Newcastle United di Portugal kerana enggan memakai jersi dengan logo penaja kelab, Wonga, atas dasar agama, kini bersetuju menyarung jersi tersebut.
Setelah beberapa hari berunding, warga Senegal itu akhirnya bersetuju setelah dipujuk.
Cisse, 28 tahun, juga dijangka kembali berlatih bersama-sama rakan sepasukannya. Penyerang antarabangsa Senegal itu beragama Islam.
Awal dari itu, Cisse memberitahu pegawai kelab bahawa beliau tidak mahu mempromosikan Wonga, sebuah firma yang menawarkan pinjaman jangka pendek tetapi dengan faedah yang tinggi.
Baginya, syariah Islam melarang riba - dengan meminjam atau membayar wang dengan faedah yang tinggi.
Cisse pula dikatakan menawarkan diri untuk mengenakan jersi kelabnya tanpa logo atau memaparkan logo amal.
Pasukan sukan lain bertolak ansur dengan pemain beragama Islam.
Contohnya, pemain kriket Afrika Selatan, Hashim Amla, dibenarkan memakai jersi tanpa logo penaja pasukan, Castle Lager, kerana Islam melarang umatnya meminum arak.
BBC memetik sumber sebagai berkata keengganan Cisse memakai jersi dengan logo penaja telah menyebabkan beliau mempunyai hubungan 'dingin' dengan kelab.
Bulan lalu, Timbalan Ketua Eksekutif Persatuan Pemain Profesional (PFA) England, Bobby Barnes, memberitahu BBC Sports: "Kami sedar kelab perlu menjana pendapatan dan menggunakan nama bermacam-macam syarikat.
"Bagaimanapun, jika seseorang berasakan sangat tidak selesa mengikut fahaman agama mereka, maka satu penyelesaian perlu dicapai."
Cisse menyertai Newcastle pada Januari 2012 dan menjaringkan 26 gol dalam semua pertandingan.
Namun begitu, ketika Cisse cuba mempertahan prinsipnya itu, beliau dilihat berada di sebuah kasino. Gambarnya dirakam sedang berada di Aspers Casino.
Ia diambil dengan kamera telefon bimbit tetapi wajahnya tidak jelas dalam foto tersebut.
Namun penuturannya memperlihatkan kesamaan.
Foto itu baru muncul minggu lalu di media sosial Twitter. Peristiwa ke kasino itu dilaporkan berlaku pada November lalu.
"Cisse cuma membuat taruhan kecil, £10 atau £20, kata Andrew McNally, seorang penyokong Newcastle yang mengambil foto tersebut.
Sejauh ini, Cisse belum memberi keterangan atas hal tersebut.

Buka bersama di kaki lima



AMMAN (Jordan): Berbuka puasa di rumah, masjid atau di tempat kerja memang sudah lumrah bagi umat Islam di seluruh dunia.
Namun, bagi para penduduk Jordan, ada kalanya mereka berkumpul di kaki lima bandar Amman untuk sama-sama berbuka puasa.
Acara yang mengumpulkan beratus-ratus penduduk Islam setempat itu kelmarin diselaraskan melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Wednesday 17 July 2013

Ulang tahun Perkahwinan ke 25


 Sewaktu merayakan ulangtahun perkahwinan yang ke 25 tahun, seorang isteri mengingatkan suaminya: "Apakah kamu masih ingat sewaktu kamu melamarku, aku begitu terkesima sehingga aku tidak bisa berbicara selama 1 jam?"

Suaminya menjawab:

"Ya, sayang, itu adalah 1 jam paling bahagia dalam hidupku..."

Gadis tak tahan lepas Gian dengan Teman Lelaki






HILIR PERAK Keinginan seorang gadis yang mahu melepaskan gian sehingga sanggup mengikut teman lelakinya ke port dadah popular berakhir apabila ditahan sepasukan polis di Kampung Sungai Samak petang Selasa lalu Serbuan dibuat kira kira jam 3 petang sambung bacaan

Monday 15 July 2013

Kisah Lucu di Mesir: Berita Baik




"Tahun ini ada berita baik, Ayah!" ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.

"Berita baik apa?" tanya ayahnya.

"Yang pasti Ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti." jawab si anak.

"Apa kau lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa?" tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.

"Bukan Ayah! Saya ... tidak lulus!!" jawab anaknya dengan selamba.

Saturday 13 July 2013

Esok baru Cabut



Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

Kisah Lucu: Ganti Pakaian



Dalam Kompeni A sebuah pasukan tentera yang sudah berbulan-bulan bertugas di pedalaman Sarawak, sampai suatu ketika mereka dikumpulkan oleh Kapten mereka.

"Saya ada dua berita untuk kamu semua, berita baik dan berita buruk. Berita baiknya, hari ini pakaian dalam kita akan diganti..."

"Horaiii! Siap, kapten!" jerit seluruh anggota pasukan dengan gembira.

"Nah, sekarang berita buruknya. Ahmad, ganti pakaian dalam kamu dengan kepunyaan Abu. Ah Meng, kamu ganti dengan kepunyaan Salim..."

Friday 12 July 2013

Lawak Pendek


 
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

--------- :) ---------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

--------- :) ---------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa dia mati dalam air!

--------- :) ---------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

--------- :) ---------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

--------- :) ---------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil

elektrik, api rumah aku dah kena potong!

--------- :) ---------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

--------- :) ---------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

--------- :) ---------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Tuesday 9 July 2013

BUNUH DI BUKIT GENTING, POLIS DAH TAHAN SUSPEK

Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang wanita yang ditemui mati di dusun durian berhampiran Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort, Bukit Genting, Balik Pulau, Isnin. sambung bacaan sambung

Busuk.com

Ciptaanku