PAPISS CISSE: Pernah gambarnya diambil di sebuah kasino.
27 Jul 2013
LIGA PERDANA ENGLAND
NEWCASTLE:
Pemain Newcastle United, Papiss Cisse, yang sebelum ini menarik diri
daripada menyertai jelajah pramusim Newcastle United di Portugal kerana
enggan memakai jersi dengan logo penaja kelab, Wonga, atas dasar agama,
kini bersetuju menyarung jersi tersebut.
Setelah beberapa hari berunding, warga Senegal itu akhirnya bersetuju setelah dipujuk.
Cisse, 28 tahun, juga dijangka kembali berlatih bersama-sama rakan sepasukannya. Penyerang antarabangsa Senegal itu beragama Islam.
Awal dari itu, Cisse memberitahu pegawai kelab bahawa beliau tidak mahu mempromosikan Wonga, sebuah firma yang menawarkan pinjaman jangka pendek tetapi dengan faedah yang tinggi.
Baginya, syariah Islam melarang riba - dengan meminjam atau membayar wang dengan faedah yang tinggi.
Cisse pula dikatakan menawarkan diri untuk mengenakan jersi kelabnya tanpa logo atau memaparkan logo amal.
Pasukan sukan lain bertolak ansur dengan pemain beragama Islam.
Contohnya, pemain kriket Afrika Selatan, Hashim Amla, dibenarkan memakai jersi tanpa logo penaja pasukan, Castle Lager, kerana Islam melarang umatnya meminum arak.
BBC memetik sumber sebagai berkata keengganan Cisse memakai jersi dengan logo penaja telah menyebabkan beliau mempunyai hubungan 'dingin' dengan kelab.
Bulan lalu, Timbalan Ketua Eksekutif Persatuan Pemain Profesional (PFA) England, Bobby Barnes, memberitahu BBC Sports: "Kami sedar kelab perlu menjana pendapatan dan menggunakan nama bermacam-macam syarikat.
"Bagaimanapun, jika seseorang berasakan sangat tidak selesa mengikut fahaman agama mereka, maka satu penyelesaian perlu dicapai."
Cisse menyertai Newcastle pada Januari 2012 dan menjaringkan 26 gol dalam semua pertandingan.
Namun begitu, ketika Cisse cuba mempertahan prinsipnya itu, beliau dilihat berada di sebuah kasino. Gambarnya dirakam sedang berada di Aspers Casino.
Ia diambil dengan kamera telefon bimbit tetapi wajahnya tidak jelas dalam foto tersebut.
Namun penuturannya memperlihatkan kesamaan.
Foto itu baru muncul minggu lalu di media sosial Twitter. Peristiwa ke kasino itu dilaporkan berlaku pada November lalu.
"Cisse cuma membuat taruhan kecil, £10 atau £20, kata Andrew McNally, seorang penyokong Newcastle yang mengambil foto tersebut.
Sejauh ini, Cisse belum memberi keterangan atas hal tersebut.

No comments:
Post a Comment