Sang ayah dan ibu sangat marah
dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil."Siapa si
bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang
sini!"
Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab.
Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan
rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam
lalu masuk kerumah.
Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah
perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah
menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat
menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun,
saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda
melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah
supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia
melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua
buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi
sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"
Sang
ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu
lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."
No comments:
Post a Comment